Saturday, 14 May 2016

Sudut Galeri Warisan

SUDUT GALERI WARISAN
OBJEKTIF
1.      Membolehkan warga sekolah menambah pengetahuan tentang warisan sejarah.
2.      Memaparkan  koleksi peralatan sejarah zaman dahulu.
3.      Melahirkan kesedaran dalam kalangan generasi muda untuk menghayati sejarah dan seterusnya mencintai budaya dan warisan sejarah.
4.      Melahirkan rasa syukur dikalangan warga sekolah dengan kemajuan yang dikecapi pada masa kini.

TEMPOH PELAKSANAAN
Januari hingga sekarang.

KOS
Semua bahan-bahan dan koleksi peralatan adalah sumbangan dari ahli-ahli PIBG.

LAPORAN
Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.
     Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Di harapkan dengan adanya Sudut Galeri Warisan di kantin Sekolah Kebangsaan Belukar ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada murid-murid tentang sejarah peradaban manusia serta menimbulkan rasa keinsafan dan kesyukuran di kalangan mereka.


GAMBAR BERKAITAN








4 comments:

  1. Tahniah buat pn hjh azma yg berjaya mewujudkan sudut warisan..sgt menarik sbg santapan jiwa murid di kantin skb..

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat pn hjh azma yg berjaya mewujudkan sudut warisan..sgt menarik sbg santapan jiwa murid di kantin skb..

    ReplyDelete
  3. Tahniah ,,seumpama mini muzium..kreatif dan sangat menarik..murid-murid didedahkan secara tidak langsung khazanah warisan nenek moyang yang jarang digunakan sekarang.

    ReplyDelete