LAPORAN SUDUT PERMUAFAKATAN PIBG
PENGENALAN
Program majlis permuafakatan bersama Jawatankuasa Kantin bertujuan
untuk bersama-sama membina kantin ke arah kantin Bess. Kejayaan cemerlang
tidak seharusnya dipertanggungjawabkan kepada Jawatankuasa kantin semata-mata,
sebaliknya Jawatankuasa PIBG perlu memberikan sokongan padu mengikut keupayaan
masing-masing bagi memastikan kantin sekolah mencapai target kecemerlangan..Hal
ini demikian kerana Jawatankuasa PIBG merupakan pihak yang paling dekat
sekolah. Dengan kerjasama yang diberikan oleh Jawatankuasa PIBG ini di
harapkan dapat membantu pihak sekolah bagi memastikan keceriaan, keselamatan
dan kebersihan kantin mencapai kecemerlangan yang diharapkan.
OBJEKTIF
Demi memenuhi tuntutan pendidikan yang semakin kompleks, penglibatan ibu
bapa dan guru secara langsung dalam program pendidikan perlulah diwujudkan
secara terancang. Oleh itu peranan PIBG amat diperlukan dalam usaha
merealisasikan kecemerlangan pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Negara.
Berdasarkan kesedaran dan rasa penuh tanggungjawab PIBG
berusaha memainkan peranan yang berkesan dalam membantu pihak sekolah
menjayakan perlaksanaan perancangan yang telah di atur.
Secara umumnya objektif penubuhan PIBG adalah untuk :
· Mewujudkan kesedaran
tentang peranan PIBG kepada ibu bapa dan guru.
· Mewujudkan
kesedaran tentang permuafakatan PIBG dapat membantu ibu bapa dan guru dalam
pendidikan.
– Mewujudkan kesedaran tentang peranan PIBG dapat
membantu kecemerlangan anak-anak dalam pendidikan. ·
– Membantu pihak sekolah mencapai matlamat dan kecemerlangan
dalam bidang:
i) Pendidikan
ii) Ko-kurikulum
iii) Bina Insan / Moral
iv) Disiplin
v) Keceriaan sekolah
vi) Keselamatan Sekolah
TEMPOH PERLAKSANAAN
Pempoh perlaksanaan program
bermula bulan Mac sehingga April.
KOS
Perbelanjaan keseluruhan sudut sebanyak RM550.00
GAMBAR LAMPIRAN
Sudut Santai PIBG |
Papan kenyataan |
Keep it up!!
ReplyDelete