Thursday, 26 May 2016

Projek Penternakan Haiwan Peliharaan

PROJEK PENTERNAKAN HAIWAN PELIHARAAN

OBJEKTIF
1.      Meluaskan peranan PIBG dalam menyumbang kepada ekosistem sekolah.
2.      Memanfaatkan sepenuhnya sisa bahan dapur dari kantin sekolah dalam usaha menghijaukan bumi.
3.      Memberi pendapatan sampingan kepada penternak yang merupakan ahli PIBG sekolah.

TEMPOH PELAKSANAAN
Oktober 2015 hingga sekarang.

KOS
Ditanggung sepenuhnya oleh penternak.

LAPORAN
Salah seorang ibubapa yang juga merupakan pekerja kantin telah memanfaatkan lebihan sisa dapur dari kantin dengan menternak haiwan-haiwan peliharaan. Setiap hari, beliau akan membawa pulang sisa dapur ini untuk diberi makan kepada haiwan-haiwan peliharaannya. Rutin makanan yang kebiasaannya di ambil ialah hampas kelapa, lebihan nasi, kulit tembikai dan kulit timun.

Maklumat Projek;

Kandang kambing adalah berukuran lebih kurang 15’ X 10’ persegi.
Reban (rumah anak itik, arnab, ayam dan angsa berteduh) adalah di bawah kandang kambing tersebut.

BIL
JENIS HAIWAN
JUMLAH
1
ITIK SERATI
20 EKOR
2
KAMBING KAMPUNG
ASAL – 20 EKOR
DI CURI – 14 EKOR
TINGGAL – 6 EKOR
3
ANGSA
3 EKOR
4
ARNAB
4 EKOR
5
AYAM KAMPUNG
40 EKOR



GAMBAR BERKAITAN 








1 comment:

  1. Bagus ni, siapa-siapa yang nak aqiqah nanti boleh hubungi K.Yah.

    ReplyDelete