Sunday, 1 May 2016

Pengkomposan sisa dapur

1st attempt.

Dari dibuang saja sisa dapur tu, apa kata kita cuba buat baja kompos. Mana tau boleh jana pendapatan sampingan kan. Saya belajar buat kompos ni dari sini.

Mula-mula, sediakan bahan

Sisa dapur kantin.

Tanah bakar
Bahan kering. Saya guna bunga kertas kering yang berguguran kat tanah tu, boleh juga guna daun kering.

Cara.

Sediakan kotak polisterin. Masukkan tanah bakar.
Masukkan bahan basah, ratakan.
Siram sedikit air.
Lapis dengan tanah bakar lagi.
Bahan kering pulak.
Siram air lagi sedikit.
Tanah bakar lagi.
Tutup.
Dah siap. Simpan di tempat yang sesuai mcm dalam stor, bawah pokok, bawah tangga. Buka penutup setelah 2-3 hari, gaulkan semua bahan. Sehingga 3 bulan, kita tengoklah hasilnya nanti.

4 comments:

  1. Tahniah teacher ilyana..usaha kreatif n inovatif

    ReplyDelete
  2. Smoga usaha pn ilyana mdapat perhatian pihak tertentu..
    Blh dicalonkan ke dlm kategori guru inovatif..slmt maju jaya

    ReplyDelete
  3. Smoga usaha pn ilyana mdapat perhatian pihak tertentu..
    Blh dicalonkan ke dlm kategori guru inovatif..slmt maju jaya

    ReplyDelete