Wednesday, 25 May 2016

Laporan Projek Pagar Buluh

KERTAS CADANGAN PROJEK PAGAR BULUH UNTUK PROGRAM TRANSFORMASI KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KANTIN SK BELUKAR 2016

1.0         PENDAHULUAN
Kantin SK Belukar merupakan satu tempat yang sentiasa menjadi tumpuan murid, guru, ibu bapa dan tetamu sekolah untuk membeli makanan di waktu rehat. Oleh yang demikian adalah menjadi hasrat dan aspirasi warga sekolah
supaya sekolah ini memiliki sebuah kantin yang bukan sahaja menghidangkan makanan yang sedap dan menepati citarasa seluruh penghuninya, tetapi juga menjadi kebanggaan kerana kebersihan dan keceriaannya dan boleh menjadi kantin contoh kepada sekolah-sekolah berdekatan. Justeru itu, melalui program yang dirangka ini, kesedaran tentang kepentingan kebersihan dan keceriaan kantin dapat disemai dan dipertingkatkan dalam kalangan murid dan warga sekolah.

2.0         MATLAMAT
Warga SK Belukar dan Sarana ibubapa dapat bersama-sama mengembeling tenaga dan kemahiran dalam merealisasikan pagar buluh untuk keceriaan dan keindahan kantin sekolah.

3.0         OBJEKTIF
3.1         Membudayakan rasa cinta kepada keindahan dan keceriaan kantin sekolah kepada seluruh warga SK Belukar dan masyarakat setempat.
3.2         Melatih murid supaya sentiasa berdisiplin dan bertanggungjawab ketika berada di kantin dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
3.3         Meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kantin secara kolektif dan konsisten.
3.4         Memberi peluang dan ruang kepada ibubapa dalam menyumbang tenaga dan kemahiran pertukangan kepada warga sekolah.
3.5         Memupuk sikap kekitaaan dalam menjaga dan mengekalkan keindahan dan keceriaan di kantin sekolah sepanjang masa.

4.0         AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi                 :           Hajah Wan Zainon binti Wan Ibrahim (Guru Besar)
Timbalan                   :           Hajah Zuridah binti Abdullah (PK HEM)
Naib Pengerusi        :           Tuan Haji Muhamad Zahidi bin Muhamad (PKP)
                                    :           Cik Siti Wahida binti Taib (PKKO)
Setiausaha               :           Encik Osman  bin Berhanudin
Bendahari                 :           Encik Mohd Kamarudin bin Mat Junus
Ahli Jawatankuasa  :           Encik Sahidan bin Kasim
                                                Encik Mohd Yusri bin Zulkapeli
                                                Encik Norul Azman bin Abdullah
                                                Encik Mat Asri bin Mahmood
                                                Encik Mohd Hazil bin Roslan
                                                Encik Mohd Nazri bin Hamzah

5.0         MASA PELAKSANAAN
Tarikh             :           01 – 30 April 2016
Masa              :           3.30 – 5.00 pm
Tempat           :           Garaj Kereta

6.0         SASARAN
Semua warga sekolah dan ibubapa masyarakat setempat.

7.0         ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil
Perkara
Jumlah (RM)
Catatan
1
Kayu 1’ X 2’
50 batang X 12 kaki X RM 0.50 = RM 300.00

Kayu ‘Meting Syiling”
50 batang X 12 kaki X RM 0.50= RM 300.00

300.00


300.00

2
Paku 2” = RM 10.00
Paku 1.5” = RM 10.00
Paku ½ “ = RM 10.00

30.00

3
Cat Syalek
5 tin 2 Liter X RM 15.00 = RM 75.00

75.00

4
Berus Cat syalek
4 batang X RM 2.50 = RM 10.00

10.00

5
Buluh 20 batang
-
Sumbangan penendar kantin

JUMLAH
715.00



8.0         PENUTUP
Segala usaha yang telah dijalankan akan menjadi lebih bersih dan ceria serta aktiviti ini dapat menyemai sikap saling menghargai dan menyayangi keindahan, kebersihan serta keceriaan kantin sekolah di kalangan semua waga dan masyarakat setempat.




Disediakan Oleh,                                                     Disemak Oleh,

…………………………………….                           ……………………………………………
(Encik Osman bin Berhanudin)                            (Hajah Wan Zainon binti Wan Ibrahim)
Setiausaha                                                               Guru Besar
Jawatankuasa Pagar Buluh                                  SK Belukar, 18500 Machang, Kelantan.
SK Belukar.


LAPORAN PROJEK PAGAR BULUH
TAHUN 2016

Nama Projek
BINA PAGAR BULUH
Unit HEM / 3K
Jawatankuasa Projek Pagar Buluh
Matlamat
Warga SK Belukar dan Sarana ibubapa dapat bersama-sama mengembeling tenaga dan kemahiran dalam merealisasikan pagar buluh untuk keceriaan dan keindahan kantin sekolah
Objektif
1.     Membudayakan rasa cinta kepada keindahan dan keceriaan kantin sekolah kepada seluruh warga SK Belukar dan masyarakat setempat.
2.     Melatih murid supaya sentiasa berdisiplin dan bertanggungjawab ketika berada di kantin dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
3.     Meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kantin secara kolektif dan konsisten.
4.     Memberi peluang dan ruang kepada ibubapa dalam menyumbang tenaga dan kemahiran pertukangan kepada warga sekolah.
5.     Memupuk sikap kekitaaan dalam menjaga dan mengekalkan keindahan dan keceriaan di kantin sekolah sepanjang masa
Tempoh / Masa
01 – 30 April 2016
Kumpulan Sasaran
Semua Warga SK Belukar & Ibu Bapa Murid
Sumber Kewangan
Sumbangan
Jawatankuasa Kerja
Rujuk Kertas Kerja
Impak Program
Mencapai objektif dan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan
Penilaian / Penambahbaikan
Boleh diperbanyakkan untuk sudut-sudut yang sesuai dijadikan partition sesuatu ruang.
Gambar
Rujuk Lampiran

Disediakan oleh,


………………………………………….
(ENCIK OSMAN BIIN BERHANUDIN)
Setiausaha Projek Pagar Buluh

SK Belukar.



Lampiran.

Membuat bingkai pagar


Memaku buluh pada bingkai.

Menyapu syelek pada pagar buluh.

Pagar ditempatkan di ruang tetamu.

1 comment: