Wednesday, 1 February 2017

Aktiviti Mewarna Sempena Kempen Kesihatan Makanan

Memupuk tabiat makan yang sihat menerusi diet seimbang sejak dari kecil adalah penting bagi kanak-kanak membina asas yang sihat. Antara yang diperlukan anak bagi zat pemakanan sihat ialah zat besi, zink, kalsium, iodin dan vitamin A. Kekurangan zat makanan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kanak-kanak.

Kebersihan makanan sahaja tidak menjamin kepada kebersihan semasa makan. Tangan dan kuku yang bersih juga menyumbang kepada kesihatan makanan yang di makan. Justeru itu, Jawatankuasa Kantin SKB telah mengadakan aktiviti mewarna sempena kempen kesihatan makanan bagi memupuk sikap menjaga kebersihan tangan dan kuku dalam kalangan murid-murid SKB.

Tarikh  :  19 JAN 2017
Hari   :  Khamis
Tempat  :  Kantin SKB





No comments:

Post a Comment