Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah subhanahu wataala kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua maka Kantin SKB telah dinobatkan sebagai Tempat Ke 3 Kantin BeSS peringkat Kebangsaan. Semua warga SKB sangat gembira dan bersykur di atas penganugerahan ini dan terbalas sudah segala penat lelah selama ini.
Majlis telah berlangsung di Shah Alam Convention Centre pada 18 Oktober yang lalu. SKB telah diwakili oleh YDP PIBG, Dr Hj Ghazali, Guru Besar, Pn Hjh Wan Zainun, PK HEM, Pn Hjh Zuridah, S/U Kantin, Pn Salwani dan penender kantin En Sanusi dan isteri.
Berikut adalah senarai para pemenang bagi pertandingan tersebut.
Anugerah2 BKKM 2016
1) Pengusaha Kantin Contoh : Pn Siti Azrah Mhd Noor - SK Setiawangsa
2) Penglibatan PIBG Makanan Percuma : PIBG SKP Methodist, Kuantan
3) Guru Kantin Contoh : Pn Siti Raudah - SK Putra Perdana 2, Puchong
4) Innovasi : SKP Methodist Kuantan, Pahang - peringatan 5 bahasa sensor
5) Anugerah Kantin (Bandar)
1st : SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
2nd : SKP Methodist Kuantan, Pahang
3rd : SJKC Chung Hua, Miri, Sarawak
6) Anugerah Kantin (Luar Bandar)
1st : SK Kampung Tun Razak, Bukil Katil, Melaka
2nd : SK Padang Berempah, Sipitang, Sabah
3rd : SK Belukar, Machang, Kelantan
JUARA KESELURUHAN K-BESS
SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
Corat-coret kenangan
Tuesday, 25 October 2016
Sunday, 7 August 2016
Majlis Penyampaian Anugerah Kantin Bersih, Selamat Dan Sihat Peringkat Sekolah
Tarikh : 7 Ogos 2016
Hari : Ahad
Masa : 7.45 pagi
Pada perhimpunan mingguan hari ini, satu Majlis Penyampaian Anugerah Kantin Bersih, Selamat Dan Sihat Peringkat Sekolah telah diadakan di hadapan murid-murid sekolah. Ini sebagai penghargaan kepada semua guru dan murid kerana telah bertungkus-lumus dan memberi kerjasama yang baik sepanjang kempen pertandingan ini berlangsung peringkat negeri yang lalu.
Semoga kejayaan juga bakal menanti di peringkat kebangsaan nanti. Amin ya rabbal alamin!

Saturday, 6 August 2016
Majlis Penyampaian Anugerah Kantin Bersih, Selamat Dan Sihat Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Kelantan
Tarikh : 4 Ogos 2016
Hari : Khamis
Tempat : RTC Kota Bharu, Kelantan
Mewakili Guru Besar, PK Kokurikulum, Cik Siti Wahida bt Taib telah menerima hadiah yang telah disampaikan oleh YB Datuk Hj Ahmad Jazlan b Hj Yaakub, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah yang juga merupakan Ahli Parlimen Machang. Turut sama menerima anugerah ini ialah Pn Kaziah yang mewakili Penender Kantin.
Guru Besar, Pn Hjh Wan Zainun bt Wan Ibrahim tidak dapat hadir untuk menerima penganugerahan ini kerana pada hari yang sama juga barisan juri dari Putrajaya akan bertandang ke SKB bagi membuat penjurian Pertandingan Kantin Bersih Peringkat Kebangsaan.
Untuk pengetahuan, di antara 14 buah sekolah yang mewakili negeri bagi semua kategori, hanya 6 buah sekolah sahaja yang akan diadili untuk mendapat tempat di peringkat kebangsaan. Syukur alhamdulillah, SKB adalah antara yang terpilih.
Terima kasih kepada YB Datuk kerana sudi menyampaikan anugerah ini. Semoga dengan anugerah ini dapat menaikkan lagi semangat semua warga SKB.

Friday, 5 August 2016
Pengunjung blog Kantin SKB
Alhamdulillah, sejak Mac 2016 hingga kini, jumlah pengunjung blog telah mencapai 2415 orang dan jumlah pengikut adalah seramai 34 orang.
Tak sangka juga pengunjung blog bukan sahaja dikalangan rakyat Malaysia malah sampai ke Azerbaijan!!!
Maveles!!
Tak caye??? Tengok ni
Faham ke orang Azerbaijan Bahasa Malaysia ni. Hehe...
Thursday, 4 August 2016
Penjurian Pertandingan Kantin Bersih Peringkat Kebangsaan 2016
Tarikh : 4 Ogos 2016
Hari : Khamis
Hari ini merupakan hari penuh debaran bagi semua warga SKB. Seawal jam 9.00 pagi lagi barisan para juri dari Putrajaya bagi pertandingan Kantin Bersih Peringkat Kebangsaan telah sampai ke SKB.
Rombongan terdiri dari :
1. En Ruba Sundaram A/L Muthusamy (BKKM - Ketua Juri)
2. En Hasnan b Hj Ibrahim (UPK)
3. Pn Hasniza bt Hassan (BKKM)
4. Pn Sanoyah bt Yusof (KPM)
5. Pn Fadwa bt Ali (PSP)
6. En Rosli b Osman (BKKM)
7. En Azman b Hadi (BKKM)
Rombongan di bawa ke Bilik SAL terlebih dahulu bagi mendengar sedikit taklimat dan tayangan slide Power Point.
Jam 9.45, rombongan turun ke kantin bagi membuat penjurian.
Jam 11.00 pagi, rombongan ke Bilik SAL sekali lagi bagi sesi rumusan penjurian.
Sedikit cenderahati, ole-ole dari pihak sekolah kepada barisan juri atas kesudian berkunjung ke SKB.
Sebelum pulang, rombongan telah dijamu dengan hidangan makan tengahari.
Rombongan bertolak pulang lebih kurang jam 1.00 petang.
Terima kasih diucapkan kepada rombongan para juri kerana sudi bertandang ke kantin SKB
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi yang baik di kenang jua.

Barisan juri bersama barisan pentadbir SKB, Penender Kantin dan AJK Kantin. |
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi yang baik di kenang jua.
Wednesday, 3 August 2016
Laman D' Dapur Dan Ujana D' Dapur BeSS
LAPORAN LAMAN D' DAPUR DAN UJANA D' DAPUR
1.0 PENDAHULUAN
Laman dan
Ujana D” Dapur SK. Belukar merupakan taman yang di wujudkan oleh PIBG untuk murid-murid mengenali pokok- pokok yang
di gunakan di dapur khasnya dalam masakan. Disamping itu murid juga dapat
mengetahui kebaikan penggunaan pokok –pokok ini.
2.0 TARIKH
Tarikh
mula projek : 6 Mac 2016
Masa : 5.00 petang – 6.30
petang
3.0 MISI
Penubuhan Laman
dan Ujana D’ Dapur sekolah adalah untuk
meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman di dapur dan kegunaanya
yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini
4.0 VISI
Menjadikan
Ujana danLaman Dapur ini sebagai sumber rujukan kepada murid dan warga SK.
Belukar.
5.0 OBJEKTIF
1. Mewujudkan Ujana dan laman dapur yang
kemas dan teratur
2. Menambahkan bilangan tanaman laman
dapur
3. Menyelaras kerja penyenggaraan dalam
kalangan ahli PIBG
6.0 KELEMAHAN DAN KEKUATAN
Kekuatan
1. Mempunyai pelbagai variasi tumbuhan
mengikut kategori.
2. Kerjasama yang hebat dikalangan ahli
PIBG
Kelemahan
1. Kurang mempunyai koleksi tanaman yang
eksotik dan jarang
didapati
Sekian,
terima kasih
PERTANIAN
ADALAH PERNIAGAAN
DISEDIAKAN
OLEH
(NOR
HAYATI BINTI IBRAHIM)
Penolong
Setiausaha PIBG
Sekolah
Kebangsaan Belukar
18500
Machang
Kelantan
Gambar berkaitan.
Ujana D' Dapur ( Terletak di bahagian belakang kantin) |
Laman D' Dapur ( Terletak di bahagian hadapan kantin) |
Pandangan sisi |
Pandangan atas |
Pandangan atas |
Pokok herba yang terdapat di Laman D' Dapur.
Pokok serai |
Pokok lengkuas |
Pokok ulam raja |
Pokok kunyit |
Pokok belalai gajah |
Pokok daun kari |
Pokok pandan |
Subscribe to:
Posts (Atom)