Pada hari ini telah diadakan mesyuarat AJK Kantin kali pertama bagi tahun 2018. Mesyuarat bermula jam 1.00 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang. Banyak perkara telah di bincang antaranya penambaikan yang perlu dilakukan ke atas kantin terutamanya dari segi kebersihan, keselamatan dan keceriaan. Terima kasih untuk K.Mah, penender kantin atas jamuan Mee Kari. Sedaaaapppp!!!
Thursday, 11 January 2018
Wednesday, 10 January 2018
2018
Assalamualaikum semua. 2017 telah ditinggalkan. Semua kenangan dan peristiwa menjadi memori terindah untuk disimpan di dalam album kehidupan masing-masing.
2018....akan ditempuhi dengan penuh keazaman, iltizam dan semangat yang tinggi untuk mencapai kejayaan.
Chaiyok!!!

Wednesday, 1 February 2017
Aktiviti Mewarna Sempena Kempen Kesihatan Makanan
Memupuk tabiat makan yang sihat menerusi diet seimbang sejak dari kecil adalah penting bagi kanak-kanak membina asas yang sihat. Antara yang diperlukan anak bagi zat pemakanan sihat ialah zat besi, zink, kalsium, iodin dan vitamin A. Kekurangan zat makanan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kanak-kanak.
Kebersihan makanan sahaja tidak menjamin kepada kebersihan semasa makan. Tangan dan kuku yang bersih juga menyumbang kepada kesihatan makanan yang di makan. Justeru itu, Jawatankuasa Kantin SKB telah mengadakan aktiviti mewarna sempena kempen kesihatan makanan bagi memupuk sikap menjaga kebersihan tangan dan kuku dalam kalangan murid-murid SKB.
Tarikh : 19 JAN 2017
Hari : Khamis
Tempat : Kantin SKB

Tuesday, 25 October 2016
Kantin SKB Tempat Ke 3 Kebangsaan
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah subhanahu wataala kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua maka Kantin SKB telah dinobatkan sebagai Tempat Ke 3 Kantin BeSS peringkat Kebangsaan. Semua warga SKB sangat gembira dan bersykur di atas penganugerahan ini dan terbalas sudah segala penat lelah selama ini.
Majlis telah berlangsung di Shah Alam Convention Centre pada 18 Oktober yang lalu. SKB telah diwakili oleh YDP PIBG, Dr Hj Ghazali, Guru Besar, Pn Hjh Wan Zainun, PK HEM, Pn Hjh Zuridah, S/U Kantin, Pn Salwani dan penender kantin En Sanusi dan isteri.
Berikut adalah senarai para pemenang bagi pertandingan tersebut.
Anugerah2 BKKM 2016
1) Pengusaha Kantin Contoh : Pn Siti Azrah Mhd Noor - SK Setiawangsa
2) Penglibatan PIBG Makanan Percuma : PIBG SKP Methodist, Kuantan
3) Guru Kantin Contoh : Pn Siti Raudah - SK Putra Perdana 2, Puchong
4) Innovasi : SKP Methodist Kuantan, Pahang - peringatan 5 bahasa sensor
5) Anugerah Kantin (Bandar)
1st : SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
2nd : SKP Methodist Kuantan, Pahang
3rd : SJKC Chung Hua, Miri, Sarawak
6) Anugerah Kantin (Luar Bandar)
1st : SK Kampung Tun Razak, Bukil Katil, Melaka
2nd : SK Padang Berempah, Sipitang, Sabah
3rd : SK Belukar, Machang, Kelantan
JUARA KESELURUHAN K-BESS
SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
Corat-coret kenangan

Sunday, 7 August 2016
Majlis Penyampaian Anugerah Kantin Bersih, Selamat Dan Sihat Peringkat Sekolah
Tarikh : 7 Ogos 2016
Hari : Ahad
Masa : 7.45 pagi
Pada perhimpunan mingguan hari ini, satu Majlis Penyampaian Anugerah Kantin Bersih, Selamat Dan Sihat Peringkat Sekolah telah diadakan di hadapan murid-murid sekolah. Ini sebagai penghargaan kepada semua guru dan murid kerana telah bertungkus-lumus dan memberi kerjasama yang baik sepanjang kempen pertandingan ini berlangsung peringkat negeri yang lalu.
Semoga kejayaan juga bakal menanti di peringkat kebangsaan nanti. Amin ya rabbal alamin!

Saturday, 6 August 2016
Majlis Penyampaian Anugerah Kantin Bersih, Selamat Dan Sihat Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Kelantan
Tarikh : 4 Ogos 2016
Hari : Khamis
Tempat : RTC Kota Bharu, Kelantan
Mewakili Guru Besar, PK Kokurikulum, Cik Siti Wahida bt Taib telah menerima hadiah yang telah disampaikan oleh YB Datuk Hj Ahmad Jazlan b Hj Yaakub, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah yang juga merupakan Ahli Parlimen Machang. Turut sama menerima anugerah ini ialah Pn Kaziah yang mewakili Penender Kantin.
Guru Besar, Pn Hjh Wan Zainun bt Wan Ibrahim tidak dapat hadir untuk menerima penganugerahan ini kerana pada hari yang sama juga barisan juri dari Putrajaya akan bertandang ke SKB bagi membuat penjurian Pertandingan Kantin Bersih Peringkat Kebangsaan.
Untuk pengetahuan, di antara 14 buah sekolah yang mewakili negeri bagi semua kategori, hanya 6 buah sekolah sahaja yang akan diadili untuk mendapat tempat di peringkat kebangsaan. Syukur alhamdulillah, SKB adalah antara yang terpilih.
Terima kasih kepada YB Datuk kerana sudi menyampaikan anugerah ini. Semoga dengan anugerah ini dapat menaikkan lagi semangat semua warga SKB.

Friday, 5 August 2016
Pengunjung blog Kantin SKB
Alhamdulillah, sejak Mac 2016 hingga kini, jumlah pengunjung blog telah mencapai 2415 orang dan jumlah pengikut adalah seramai 34 orang.
Tak sangka juga pengunjung blog bukan sahaja dikalangan rakyat Malaysia malah sampai ke Azerbaijan!!!
Maveles!!
Tak caye??? Tengok ni
Faham ke orang Azerbaijan Bahasa Malaysia ni. Hehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)